Muhammad Qayyim Bin Suhaimi

Muhammad Qayyim Bin Suhaimi

Tuesday, 7 August 2012

kenapa....








Assalamualaikum semua..

Hari ini dah hari yang ke-18  kita berpuasa pada bulan Ramadhan, bulan yang penuh mulia dan banyak keberkatan yang Allah bagi dalam bulan ini.. Macam mana dengan amalan pembaca2 semua? Saya doakan semoga kita dapat menjalani ibadah kita dengan lancar, tenang dan penuh khusyuk..

Hari ini juga saya ingin luahkan perasaan...saya berasa sungguh kecewa dan sedih sangat2... Sebab saya tidak dapat tabahkan hati saya untuk menempuh ujian yang Allah bagi sekarang ini... Terlalu banyak dugaan, sehingga saya rasa hendak putus asa sahaja dalam hidup ini.. Kerana dugaan ini lah, saya tidak semangat hendak melakukan banyak perkara..saya rasa sunyi...kadang2, bila terasa perasaan ini, ibadah yang saya lakukan tidak banyak saya buat.. Kadang2, saya kena tabahkan hati saya untuk melakukan semua ini..sebab apa? Sebab saya tahu, semua ini datang dari Allah..Allah mahu menguji saya adakah saya mampu mengatasi nya... Allah sayang pada saya... Allah bagi kita ujian kerana Dia sayang pada kita, bukan Dia menyeksa, itu salah sama sekali.. ALLAH SAYANG PADA KITA... ingat tu...

Saya tidak tahu kenapa hari ini terlalu lemah...mungkin terlalu banyak saya berfikir, sebab itu jauh menyimpang ke arah lain sehingga kan saya begitu lemah... Ya Allah..tabahkan hati hambaMU ini...='(

P/s:  kepada pembaca2 semua...saya malu nak luahkan pada sapa2, kecuali Allah Yang Maha Esa... Tetapi, kepada sesiapa yang membaca blog ini, tolong bagi nasihat atau kata-kata semngat pada saya...saya nak sangat banyak lakukan ibadah kepada Allah, dan menjadi lebih baik....tapi...='( tidak kuat lagi... Ya Allah...

Tuesday, 17 July 2012

Untukmu Teman







Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..=)

Hari ni, qayyim terdetik pula nak menulis tentang "Teman".. =) bukan apa, masa tu, saja nak tengok youtube, cari lagu-lagu nasyid, tiba-tiba ternampak pula video nasyid tajuk lagu dia "Untukmu Teman".. Bila hayati nasyid ni, nak keluar air mata qayyim mendengar nya.. Bukan apa, sepanjang qayyim hidup kat dunia ni, ramai kawan-kawan yang qayyim kenal..tidak kira lelaki atau perempuan banyak kenangan bersama-sama dengan mereka ..qayyim bersyukur dapat ramai kawan sepanjang qayyim hidup ni..

Sahabat-sahabat..
Dalam kehidupan ni, ada pertemuan dan ada juga perpisahan...adakalanya, kita berpisah tetapi tidak bertemu kembali kerana mungkin Allah lebih menyayangi mereka dan ada juga tiada jodoh.. ada juga berpisah, tetapi bertemu kembali diatas takdir Allah..=) itu lebih seronok.. tapi, itu semua  adalah ketentuan Allah..kita tidak boleh menentukannya sesuka hati.. yang penting kita bersyukur apa yg ada sekarang ni..=)

Qayyim ada beberapa kawan yang sudah pergi kepadaNYA... Rase sedih sangat kerana banyak kenangan bersama dengan diorang..terutama pada ikhwah-ikhwah (kawan lelaki) yang sudah pergi..bila difikirkan balik, pernah bergurau senda, makan sama-sama di sekolah, dan adakalanya bergaduh juga..tapi itu semua adalah ranjau kehidupan dalam hubungan qayyim dengan diowang..bila terdengar berita tentang pemergian diowang, rase tidak percaya pun ada kerana terasa baru sahaja bergurau senda beberapa hari yang lalu... Rase sedih sangat-sangat..tapi percayalah, ada hikmah disebalik kejadian ini..mungin Allah lebih menyayangi mereka..=)

Qayyim harap, sesiapa yang membaca artikal ini, hargailah kawan-kawan yang ada sekarang ini..memang kadangkala, diowang pernah menyakitkan hati, tetapi ingat lah kebaikan yang pernah mereka buat pada kita.. Jika mereka buat silap atau menyakitkan hati kita, tegur lah mereka dengan cara yang baik..dan paling tidak pun, kita jauhkan diri daripada mereka, agar kita tidak menyimpan dendam atau lebih memburukkan keadaan hubungan kita dengan kawan kita...

p/s: Kita sebagai umat islam, jangan membenci sesama saudara kita kerana ia boleh meruntuhkan atau melemahkan ikatan persaudaraan diantara umat islam..kan Allah tidak suka..=) Jika kita tidak suka pada kawan kita, doalah pada Allah, semoga dia berubah menjadi lebih baik...jika dia baik pada kita, sayangilah mereka, jagalah meraka dan saling nasihat menasihati diantara satu sama lain..=)

~UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA..^_^~

Friday, 22 June 2012

La Tahzan..=)




apabila seseorang menyakiti kita, jgan lah kita melakukan balik pada seseorang yg lain..ayat ini saya tmbahakan juga, kerana kita sesama umat islam terutama nya tidak baik membalas dendam ataupun kenekan pada org lain..ia adalah perbuatan yg tidak disukai oleh Allah...=) seelok-elok nye..kita doakan untuk dia smoga dia berubah, berubah menjadi lbih baik..=)
itu lah yg terbaik dan disukai oleh Allah..rnung2 kan...dan smoga beramal...=)

p/s: niat kerana Allah....insyaAllah, Allah pasti tolong pada hamba-hambanya..^_^..amin..

Sunday, 3 June 2012

Pada waktu itu, mama telefon saya....

Mama: Assalamualaikum along...
Saya: Waalaikumsalam mama=).
Mama: Tengah wat apa tu..da makan ubat?
Saya: x wat pape..da mama. Mama baru sampai umah ye..?
Mama: Aah..Tadi mama berhenti makan kat perhentian td..masa order, mama teroder 
           untuk 7 orang..Adik sempat tanya," Mama, nape order untuk 7 orang, bkan ke kita     
            6 orang je skang skang  
           ni..?".... Mama teroder untuk along...mama terlupa
           along kat perlis............
Saya: ...=(..


p/s: sayang la ibu dan bapa sepenuh hati...walaupun cume berpisah sementara kerana anak melanjutkan pelajaran diluar sana, mereka sentiasa ingat pada kita..=') sayang mama ngan ayah..=)






Saturday, 11 February 2012

Sebab tidak boleh minum berdiri.



Secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk diolah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIIR MASAK..

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke  dan serangan jantung.


Monday, 6 February 2012

 Menimba Ilmu..^_^


Assalamualaikum =)

Hari ini qayyim nk kongsi cerita sikit pasal perjalanan qayyim pada 31/1/2011.... Maklumlah, waktu cuti sekarang ni, cuti semestar..1 bulan pulak tu.. banyak masa terluang. Jadi, lebih baik kita isi masa lapang dengan buat kerja yang berfaedah..^_^

Waktu cuti ni, qayyim x kerja, sebab nk luangkan masa dengan keluarga..maklumlah, rindu sangat2 kat keluarga..jadi, nk berkepit jela dengan mereka...hehehehe... Kalau kerja pun,  memang dapat duit, tp 1 bulan je la keje, lagipun, memang da niat dari dulu, nk duduk ngan keluarga je..nanti boleh tolong mama dan ayah..=)...lagi banyak dapat pahala..kan3..=)

Pada 31/1/2011, qayyim cadang nk belajar cari jalan menuju ke UPM.. Agak jauh la dari umah qayyim kat Bandar Tasik Kesuma, Beranang... bukan apa, ni adalah 1st time qayyim bawa moto jauh2..seblum ni, paling jauh pun kat kajang..huhuhuh... Jadi, sebelum tu, ada bincang ngan ayah, nak pegi situ sini naik moto... Pam,pung, pam,pung, ayah cabar qayyim cari UPM ikut jalan highway... HA!!! Habis ko qayyim..=_=..

Mula2..nak mulakan perjalanan kene check dulu lesen bawa x, kelengkapan moto ok x...maklumlah, 1 st time kan..kikikiki... lepas da check, minta izin mama ngan ayah nk pegi cari jalan UPM, lpas tu bertolak..=)
Mula2, ok je dari umah ke semenyih..biasalah, da slalu jalan kat situ... Lpas tu, sampai kat highway... Ha!! da mula pengembaraan qayyim... mula2 tu ok, bila da lpas tol..ikut jalan tu ini...lepas tu sampai satu simpang, pang! terus tergamam.....da x tau nak wat apa...apalagi, bawa pelahan la masa tu... tengah2 nk pikir tu, ambik masa lama sangat, trus je masuk, sebab nampak tulis UPM kat signboard...alih2 tgk betul2, UPM sebenarnye depan lagi...abis sesat!!!! wuaaa!! macam mana ni...=_=..memang  x tentu arah la masa tu...lpas tu, qayyim cuba tenang kan hati, ingat ALLAH... cube cari jalan...da lama lpas tu, Alhamdulillah, dpat juga ..syukur sgt dapat jalan keluar, tp......tetap juga sesat, sebab destinasi yang nk dituju adalah UPM, tp qayyim pegi kearah Hospital Serdang..=(..huhuh.da terlepas...kene u-turn blik..

Lpas mengharungi jalan yg berliku-liku (ayat nk best je,hehehe) baru dpat jumpa pintu gerbang UPM..Alhamdulillah..^_^...apalagi, lpas da jumpa tu, terus cabut balik umah la...da lewat, da sampai tengah hari da..janji nk blik umah sebelum tengah hari..+_+...

                                                          Jalan nk balik...ke Semenyih..=)


p/s: walau apapun terjadi, yang penting ingat Allah dulu, kerana DIA sentiasa memerhati kita dan selalu bersama dgan kita...doa padanya, insyaAllah, DIA akan bantu hamba-hambaNYA...(^_^)V.

Saturday, 28 January 2012

TUJUH SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW 

   Cerdasnya seorang yang beriman adalah kerana dia mampu mengolah hidupnya yang sesaat ini untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

           

Tujuh sunnah Nabi Muhammad SAW itu adalah:

PertamaTahajjud
      Kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.


 Kedua:  Membaca Al-Qur’an 
      Sebelum terbit matahari ,alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.


Ketiga: Jangan tinggalkan masjid 
      Terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.


Keempat: Jaga solat Dhuha
     Kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.


Kelima: Jaga sedekah setiap hari
      Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan orang yang bersedekah setiap hari.


Keenam: Jaga wudhu
      Terus menerus kerana Allah menyayangi hambaNya yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu sentiasa akan merasa sedang solat walaupun ia tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”.


Ketujuh:  Amalkan istighfar setiap saat
    Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Dzikir, adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang akan berzikir, oleh itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. “Zikir merupakan makanan rohani yang paling bergizi,” katanya, dan dengan zikir berbagai kejahatan  dapat dijauhkan sehingga jauhnya umat manusia dari sifat-sifat haiwan yang terdapat pada materialisme dan hedonisme.




P/S: InsyaAllah, sama2 kita amalkan..=)