Muhammad Qayyim Bin Suhaimi

Muhammad Qayyim Bin Suhaimi

Saturday, 28 January 2012

TUJUH SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW 

   Cerdasnya seorang yang beriman adalah kerana dia mampu mengolah hidupnya yang sesaat ini untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

           

Tujuh sunnah Nabi Muhammad SAW itu adalah:

PertamaTahajjud
      Kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.


 Kedua:  Membaca Al-Qur’an 
      Sebelum terbit matahari ,alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.


Ketiga: Jangan tinggalkan masjid 
      Terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.


Keempat: Jaga solat Dhuha
     Kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.


Kelima: Jaga sedekah setiap hari
      Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan orang yang bersedekah setiap hari.


Keenam: Jaga wudhu
      Terus menerus kerana Allah menyayangi hambaNya yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu sentiasa akan merasa sedang solat walaupun ia tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”.


Ketujuh:  Amalkan istighfar setiap saat
    Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Dzikir, adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang akan berzikir, oleh itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. “Zikir merupakan makanan rohani yang paling bergizi,” katanya, dan dengan zikir berbagai kejahatan  dapat dijauhkan sehingga jauhnya umat manusia dari sifat-sifat haiwan yang terdapat pada materialisme dan hedonisme.




P/S: InsyaAllah, sama2 kita amalkan..=)

1 comment: