Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..=)
Hari ni, qayyim terdetik pula nak menulis tentang "Teman".. =) bukan apa, masa tu, saja nak tengok youtube, cari lagu-lagu nasyid, tiba-tiba ternampak pula video nasyid tajuk lagu dia "Untukmu Teman".. Bila hayati nasyid ni, nak keluar air mata qayyim mendengar nya.. Bukan apa, sepanjang qayyim hidup kat dunia ni, ramai kawan-kawan yang qayyim kenal..tidak kira lelaki atau perempuan banyak kenangan bersama-sama dengan mereka ..qayyim bersyukur dapat ramai kawan sepanjang qayyim hidup ni..
Sahabat-sahabat..
Dalam kehidupan ni, ada pertemuan dan ada juga perpisahan...adakalanya, kita berpisah tetapi tidak bertemu kembali kerana mungkin Allah lebih menyayangi mereka dan ada juga tiada jodoh.. ada juga berpisah, tetapi bertemu kembali diatas takdir Allah..=) itu lebih seronok.. tapi, itu semua adalah ketentuan Allah..kita tidak boleh menentukannya sesuka hati.. yang penting kita bersyukur apa yg ada sekarang ni..=)
Qayyim ada beberapa kawan yang sudah pergi kepadaNYA... Rase sedih sangat kerana banyak kenangan bersama dengan diorang..terutama pada ikhwah-ikhwah (kawan lelaki) yang sudah pergi..bila difikirkan balik, pernah bergurau senda, makan sama-sama di sekolah, dan adakalanya bergaduh juga..tapi itu semua adalah ranjau kehidupan dalam hubungan qayyim dengan diowang..bila terdengar berita tentang pemergian diowang, rase tidak percaya pun ada kerana terasa baru sahaja bergurau senda beberapa hari yang lalu... Rase sedih sangat-sangat..tapi percayalah, ada hikmah disebalik kejadian ini..mungin Allah lebih menyayangi mereka..=)
Qayyim harap, sesiapa yang membaca artikal ini, hargailah kawan-kawan yang ada sekarang ini..memang kadangkala, diowang pernah menyakitkan hati, tetapi ingat lah kebaikan yang pernah mereka buat pada kita.. Jika mereka buat silap atau menyakitkan hati kita, tegur lah mereka dengan cara yang baik..dan paling tidak pun, kita jauhkan diri daripada mereka, agar kita tidak menyimpan dendam atau lebih memburukkan keadaan hubungan kita dengan kawan kita...
p/s: Kita sebagai umat islam, jangan membenci sesama saudara kita kerana ia boleh meruntuhkan atau melemahkan ikatan persaudaraan diantara umat islam..kan Allah tidak suka..=) Jika kita tidak suka pada kawan kita, doalah pada Allah, semoga dia berubah menjadi lebih baik...jika dia baik pada kita, sayangilah mereka, jagalah meraka dan saling nasihat menasihati diantara satu sama lain..=)
~UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA..^_^~
Insya ALLAH..:) sahabat selamanya :)
ReplyDeletetrima kasih sya..=)
ReplyDelete