Assalamalaikum dan Salam Sejahtera semua pembaca.. =)
Sudah lama tidak tulis dalam blog ni...maklumlah, hidup sebagai seorang pelajar, ada sahaja tanggungjawab dan kerja yang perlu dilaksanakan untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Tetapi, kita janganlah abaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, kerana Allah yang mencipta kita. Dialah yang membuatkan kita masih hidup sampai sekarang. =)
Sekarang ini pada pukul 1.35 pagi, tarikh 22/1/2014...boleh dikatakan tahun 2014 ni, inilah tulisan blog yng pertama untuk tahun ini...huhu..lama nya....rasanya nak dekat 6 bulan tidak menulis dalam blog ni....huhuh... Saya sedang bercuti akhir sem 1 tahun 4...jadi, alhamdulillah, masih ingt lagi tentang blog ini...harap dapat teruskan menulis dalam blog ini..insyaAllah...
Saya nak berkongsi cerita sedikit tentang kisah cuti saya sekarang ini..pada 2 hari lepas, hari bagi saya cukup gembira..mungkin pada sesiapa yang membaca blog ini, ada yang sudah biasa dengn keadaan macam ni, tapi bagi saya, ia cukup gembira kerana bukan selalu dapat situasi macam ini..iaitu solat berjemaah bersama keluarga tersayang.. ^_^ Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk solat berjemaah dengan keluarga...ayah selaku jadi imam, dan saya anak sulung jadi bilal..alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.
p/s : jika kita solat berjemaah, pahalanya lagi banyak berbanding solat berseorangan..iaitu solat berjemaah mendapat sebanyak 27 kali ganda berbanding solat sendirian... ini terbukti dalam hadis Rasulullah S.A.W ..=) tidak kira lah kita berjemaah dengan sesiapa, asalkan ia lebih seorang, sudah cukup dipanggil jemaah... Senangkan kita dapat pahala banyak...itulah kemudahan yang Allah beri pada kita.. ^_^
No comments:
Post a Comment