Muhammad Qayyim Bin Suhaimi

Muhammad Qayyim Bin Suhaimi

Wednesday, 12 August 2015

Berniaga =)

Pada bulan Ramadhan hari itu, alhamdulillah diberi kesempatan untuk berniaga bersama sahabat qayyim, Ainuddin a.k.a RDean atau a.k.a Chef RDean..heheh..banyak nama panggilan dia ye..biasalah..kawan lama..x sah, kalau xde nama panggilan bnyk2..hee… Qayyim tolong keluarga dia berniaga Nasi Arab Kabsa berhadapan dengan Tesco Semenyih, dekat Pelangi Semenyih. Buat pertama kalinya, berniaga betul-betul dalam seumur hidup qayyim. Seronok! 

Seronok sebab :-
1) Dapat tolong kawan.
2) Pengalaman baru dalam hidup
3) Dapat belajar ilmu perniagaan.
4) Itukan sunnah nabi, iaitu berniaga J

Qayyim berniaga pada minggu-2 dan habis berniaga pada minggu ke-4. Alhamdulillah, sepanjang berniaga semua berjalan dengan lancer. Untung rugi memang lumrah dalam kehidupan perniagan. Keluarga RDean baik sangat. Sepanjang berniaga, banyak mereka tolong qayyim. Jasa mereka memang tak dapat qayyim lupakan. Dan kenangan berniaga pada bulan Ramadhan tahun 2015 ini, menjadi satu kenangan yang indah dan berharga buat qayyim.


Terima kasih, Ya Allah..serta sahabat ku, Aienuddin Anuar.. ^_^

Ni la sahabat saya, chef Rdean :)


Gerai kami :)

Tadaa... ^_^

Tuesday, 11 August 2015

Hari Raya 2015 ( Suasana berbeza bagi keluarga kami)

Tahun ini, merupakan tahun yg berbeza berbanding tahun-tahun yang lepas. Raya than ini, kami enam sekeluarga (saya, adik-adik 4 orang serta mama) beraya dikampung tanpa ayah disisi kami. Sebab ayah beraya diperantauan, Abu Dhabi. Ayah bekerja disana. Nak dekat 5 bulan rasanya ayah kerja sejak ayah dapat tawaran pergi kesana. Memang rasa lain sangat-sangat bila kurang ahli keluarga, lebih-lebih lagi ahli keluarga yang paling penting dalam hidup kami, yang mencari rezeki untuk kami dan juga yang “Mastermind” dalam keluarga kami. Maksud “mastermind” tu, ayahlah yang uruskan barang-barang kami semasa hendak kemas dan bawa balik kekampung. Kadangkala mama pun membantu membuat checklist barang apa yang perlu dibawa ke kampong nanti.

Tahun ini, saya pula sebagai anak sulung kena ganti tempat ayah. Menjadi “Ayah sementara” untuk keluarga. Agak susah nak galas tanggungjawab sebagai seorang ayah, kena jaga ahli keluarga, pastikan semua barang-barang yang dibawa cukup-cukup untuk kekampung, jaga keselamatan mereka dan bantu apa yang patut semasa ayah tiada disini buat semntara waktu.
Sehari sebelum hari raya, tahun-tahun sebelum ini, ada juga ayah keluar sana –sini untuk beli keperluan sempena hari raya yang akan menjelang tiba. Teman ayah pergi beli lemang, beli daun ketupat, beli daging dan beli bahan-bahan untuk memasak. Tetapi, tahun ni, banyak benda yang kurang dilakukan, ye la ayah tidak beraya disini, saya pula hendak buat, tapi buat sedikit sahaja, sebab mama yang buat semua. Kalau boleh, mama nak buat apa yang ayah buat. Mama terlalu rindu pada ayah. Saya dan adik-adik mampu teman mama hendak pergi kemana.
Pada malam raya, hampir kesemua ahli keluarga, mama, kakak, adik dan nenek menangis. Sebab ayah call dari Abu Dhabi. Buat pertama kali, aku lihat nenek nangis terlalu sedih sangat.  Sampai dia x tau nak cakap apa lagi pada ayah semasa buat panggilan. Mama pula, hampir 10 minit mama cakap-cakap ngan ayah. Aku x mampu lihat semua tu, sebb jika aku lihat mereka nangis, aku pun turut serta. Siapa yang tidak sedih apabila ahli keluarga kesayangan kita tiada disisi semasa hari ‘Kemenangan Islam”.

  Pada hari raya, kami yang laki-laki pergi menunaikan Solat Hari Raya. Nasib baik pak cik balik kekampung. Ada juga yang teman kami pergi ke masjid. Masa bersalaman, mama sudah menunggu di tempat duduk diruang tamu. Sperti kebiasaan, kami bersalaman memohon maaf sesame sendiri. Ayah, kami mampu memberi pesanan ringkas (Wassup) kepada ayah. Semasa bergambar, kami mampu tangkap gambar bersama tanpa ayah. Ini pun rasa sedih sangat-sangat. Sebab apabila lihat di facebook, ramai kawan-kawan post gambar ahli keluarga bersama baju raya yang cantik-cantik belaka. Aku x nak post, sebab ayah tiada disisi. Tidak lengkap. Dalam hati, hanya mampu sabar dan in shaa Allah tahun depan boleh berkumpul lengkap 1 Keluarga. Hati ini hanya mampu doakan ayah sihat2 disana serta doakan untuk semua keluarga kawan-kawan bahagia semsa Hari Raya Aidilfitri tahun ini…………

Kami bersama dengan nenek :)

Ayah bersama penduduk Abu Dhabi