Muhammad Qayyim Bin Suhaimi

Muhammad Qayyim Bin Suhaimi

Tuesday, 20 December 2011

Dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi Muhammad telah bersabda yg bermaksud: " ada 3 perkara yang menyelamatkan , 3 yg membinasakan , 3 yang boleh mengangkat darjat dan 3 yg bleh menghapuskan dosa.

3 yg menyelamatkan:
~takut kepada Allah pada masa bersembunyi dan terang-terangan
~berjimat dalam keadaan miskin dan kaya
~tetap adil ketika senang dan marah

3 yg membinasakan ialah:
~bakhil
~memperturutkan nafsu
~merasa hairan melihat kehebatan dirinya

3 yg boleh mengangkat darjat ialah:
~menyebarkan ucapan salam
~suka memberi makan
~melakukan solat di waktu malam

3 yg boleh menghapuskan dosa ialah:
~tetap menyempurnakan solat di tgh-tgh malam yg amat sejuk
~melangkah kaki ke tempat solat jemaah dilakukan
~suka menunggu kedatangan solat.

Monday, 19 December 2011

Aku Bimbang Tidak Sesoleh dirinya....






YA ALLAH, AKU CINTA PADANYA…
“ Cintai diri untuk mencintai orang lain ”


Seorang pemuda telah jatuh cinta kepada seorang gadis. Gadis yang pada pemerhatiannya cukup sempurna… Kehendak hatinya itu dibawa berbincang bersama kedua ibubapanya…
.
Anak : Ibu, Abah… Along telah jatuh cinta. Jatuh cinta dengan seorang gadis. Pada pemerhatian along cukup sempurna. Taat kepada kedua ibubapanya, menjaga batas pergaulannya, suka membantu dan yang lebih penting, menurut kawan sebiliknya, cukup menjaga amalannya… Solat, puasa bahkan sentiasa bangkit bermunajat di dalam keheningan pagi sedangkan teman-temannya yg lain sedang enak diulit mimpi.


Ibu : Benarkah begitu ? Begitu bersungguh anak ibu ini ya… Siap memasang “spy” lagi. Ceritakanlah lagi tentang gadis itu. Abang, telah dewasa ya anak teruna kita seorang ini ? (Si ibu tersenyum sambil menoleh si bapa yg berada si sebelahnya).


Bapa : (Tersenyum membalas senyuman isterinya). Yalah, sudah 23 tahun rupanya kita membesarkan Along ni ya. Alhamdulillah, hingga kini abah lihat along sentiasa menjaga nama baik ibu dan abah. Along juga sudah mulai bekerja dan kinilah masa yang sesuai untuk kami memperoleh menantu… InsyaALLAH, tidak lama selepas itu menimang cucu pula…


Anak: (Dengan muka kemerah-merahan menahan malu). Ibu, abah… Along cukup menghargai jasa ibu 
dan abah selama ini terhadap along. Ibu, gadis itu sebenarnya tinggal tidak jauh dari rumah kita ini. Keluarganya orang baik-baik. Tidak lah terlalu kaya namun cukup permurah dan dihormati oleh penduduk kampung. Namun begitu, along bimbanglah ibu, abah……


Ibu : Bimbang ? Apa yang along bimbangkan ?


Anak : Along bimbang along tidak sesoleh sehingga sepadan untuk menjadi pendamping diri gadis itu. Bukankah along telah ceritakan betapa solehahnya gadis itu ?


Bapa : Along, abah gembira melihat along memilih gadis yang solehah untuk dijadikan isteri. Abah sendiri pun dianugerahkan Allah gadis yang baik yang mana akhirnya menjadi ibu kamu… (Tersenyum melihat isterinya. Isterinya kemudianya membalas senyuman itu).

Cuma sebelum along teruskan niat itu, mari kita bersama  muhasabahkan diri. Cuba renung-renungkan diri dengan soalan-soalan ini.

1. Sejauh manakah along telah mendalami 3 bidang ilmu ini ?
     
      Ada 3 bidang ilmu dalam kerangka Islam iaitu Ilmu Aqidah, Ilmu Fiqh dan Ilmu Tassauf.
Abah lihat ramai yang berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar hukum hakam dalam ibadat wajib namun pada masa yang sama turut melakukan perbuatan-perbuatan syirik.
Along, sebagai pemimpin keluarga, jika tidak lebih, sekurang-kurangnya perlu setanding dengan ilmu yang dimiliki oleh isteri kita. Bukankan kita pemimpin untuk dirinya ?
Kalau tidak salah abah, sewaktu di sekolah pondok, along diajar mendalami kitab Anak Kunci Syurga, kitab Muhimmah dan Penawar Bagi Hati kan ?
Abah lihat di kedai-kedai buku sekarang sudah ada yg telah diterjemahkan ke dalam tulisan rumi. Kalau dahulu semua ini di dalam tulisan jawi dan bahasa arab.
Kalau along nk mengingati kembali huraian kitab-kitab itu, abah lihat banyak video-video kuliah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias, Dr Abdul Basit Abdul Rahman dan Ustaz Shamsuri Ahmad mengenainya di dalam youtube.com. kalau nak dengar mp3 pula abah lihat ada di mymaktabaty.com.
Kitab ni kita tidak boleh pandai-pandai nak baca sendiri. Boleh jadi tersasar pemahaman kita. Ialah kan, bahasa yang digunakan pun bahasa lama. Kenalah mencari guru untuk mengajarnya.
.
2. Bagaimanakah dengan keadaan fizikal dan mental along? 
      
     Berkahwin bukan sahaja untuk menyalurkan kehendak fitrah pada jalan yang halal, tetapi juga medan yang penuh dengan komitmen. Anak along misalnya, boleh menjadi sama ada amanah yang menguntungkan atau fitnah yang membinasakan. Along juga perlu menjaga keperluan zahir dan batin isteri. Hubungan dengan keluarga dan masyarakat juga perlu dijaga.


Along sebagai anak perlu juga tidak membelakangi hak-hak ibu, abah dan kedua bakal mertua along. Terimalah mereka sebagai sebahagian dari keluarga along ye. Kerana pernikahan juga merupakan proses untuk menyatukan dua keluarga.
.
3. Adakah along menyedari bahawa kehidupan kita ini tidak pernah sunyi dari masalah? 


     Abah bimbang along terjerumus dengan khayalan bahawa ke semua yang kita rancangkan akan menjadi sempurna seperti yang diharapkan. Sedarlah bahawa ke semua ini berada di bawah qudrat dan iradat Allah S.W.T.
Kita berkehendak, Allah juga berkehendak. Hanya kehendak Allah lah yang menjadi penentu ke atas semua perkara.

Along, boleh jadi selepas kahwin. Isteri along tidak lagi secantik seperti sewaktu di awal pernikahan. Komitmen terhadap tugasan juga adakalanya boleh menjadi punca regangnya hubungan yang sedia terbina. Boleh jadi along atau isteri ditimpa musibah, sakit misalnya. Ketika itu, adakah along tetap akan menyayangi isteri sepertimana di awal pernikahan ?
Boleh jadi juga ada unsur-unsur cemburu dan khianat terhadap kebahagian rumah tangga along. Boleh jadi hadirnya orang ketiga. Boleh jadi tomahan-tomahan dilemparkan. Boleh jadi juga ada yang begitu kejam sanggup menyihir keluarga along. Bersediakan along untuk itu ?
.
4. Tahukah along apakah dia rahsia keluarga yang bahagia ?


    Keluarga bahagia ialah keluarga yang mempunyai unsur – unsur syurga dan sifat – sifat mahmudah di dalamnya. 
Apakah unsur – unsur itu ?
Selain itu sentiasalah bermusyawarah bersama ahli keluarga. Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang bersedia memimpin dan dipimpin. Yang lain-lain abah pasti along sedia maklum bukan ?
.
Along, perkahwinan merupakan sesuatu yang mengikat kita kepada suatu komitmen yang besar. Jika along masih mengingini peluang untuk ke sana ke mari menikmati kebebasan bagi melakukan aktiviti atau perkara-perkara yang disukai, perkahwinan akan menjadi sesuatu yang lebih membebankan.
Bersedialah untuk mengubah cara hidup agar sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul. Abah yakin dengan kemampuan along untuk itu.
Anak : Terima kasih abah dan ibu. Along berjanji akan menjadikan nasihat tersebut sebagai panduan untuk mengemudi kehidupan selepas ini. Terima kasih atas segalanya…. (si anak kemudiannya memeluk kedua ibubapanya).
.
  Kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tak bersedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan.” (Fatimah Syarha, Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul)

Jika Zulaikha mampu menunggu Yusuf A.S. hingga bertemu cintanya yang sejati, di mana akhirnya berubah dari seorang penggoda kepada HambaNya yg solehah. Mengapa “Yusuf” di zaman kini tidak mampu menunggu kehadiran “Zulaikha” yang setia memelihara diri ke dalam hidupnya ?
Ya Allah, aku mendambakan seorang muslimah solehah sebagai isteri yang sah. Namun solehkan aku untuk itu ? Bimbinglah hambamu yang lemah ini Ya Allah.. 
.


Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/aku-bimbang-tidak-sesoleh-dirinya/#ixzz1gyymoGBL

Tuesday, 13 December 2011

Cukuplah apa yg kita ada







     Secara semulajadi hati manusia memang payah untuk berasa puas. Walaupun sudah memiliki sepuluh peti emas seseorang itu masih mahu lagi kesebelas. Apabila dia sudah mempunyai sebelas peti emas dia mahu lagi yang kedua belas dan begitulah seterusnya.

 Okeykah sikap seperti ini?

     Dari aspek motivasi tiada salahnya sebab ia sikap orang maju, sikap yang diperlukan untuk menjadi kaya sebab Islam tidak pernah menghalang umatnya menjadi kaya. Atas alasan dengan adanya harta yang banyak memudahkan seseorang itu menyalurkan sebahagian daripadanya ke jalan-jalan kebaikan.

     Fitrahnya manusia memang sentiasa mahukan yang lebih baik dan lebih banyak daripada apa yang dia ada. Islam amat menggalakkan umatnya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menambah kekayaan. Dengan itu imannya sentiasa teguh terhadap TUHAH.

     Jadi, dalam mengharungi kehidupan tidak salah seseorang itu bermewah-mewah asalkan kemewahan tidak melalaikan dia daripada meniti di atas panduan-panduan agama. Meskipun bersederhana itu lebih dituntut namun bermewah-mewah dalam ruang lingkup yang dibenarkan dikira munasabah dan sesuai dengan kehidupan moden sekarang.


    Memang, kadang-kadang penilaian dan penghormatan manusia terhadap kita bergantung kepada apa yang kita ada dan pangkat apa yang kita sandang. Kereta apa yang kita pandu, rumah jenis apa yang kita miliki, kawasan mana kita tinggal, hotel mana yang kita pilih apabila hendak bercuti, kad keahlian apa yang kita ada dan macam-macam lagi.


    Kehidupan sekarang telah meletakkan apa yang kita miliki sebagai asas penghormatan manusia terhadap kita. Maka tidak salahlah memiliki segala-galanya asalkan kita masih kita, tidak berubah dan masih meletakkan TUHAN sebagai matlamat kehidupan.

    Sikap begini perlulah dizahirkan dalam bentuk mencari keredhaan ALLAH. Dalam ertikata lain, ia perlu diusahakan tanpa meninggalkan semua suruhan ALLAH, meninggalkan semua larangan ALLAH dan menyalurkan kurniaan ALLAH itu ke jalan ALLAH.


Tetapi, jangan lupa, dalam nikmat pasti ada ujian di sebaliknya. Begitu juga, di sebalik ujian ada hikmah yang tersembunyi. Dalam mengejar dan menghimpun harta jangan lupa ada ketika-ketikanya ia menjadi ujian yang sengaja ALLAH turunkan kepada seseorang individu.


Firman ALLAH,
 �Dan sesungguhnya akan KAMI berikan cubaan kepadanya, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang bersabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan; sesungguhnya KAMI adalah kepunyaan ALLAH dan kepada ALLAH jualah KAMI kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi pelbagai kebaikan daripada TUHAN serta rahmat-NYA, dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk hidayah-NYA.� 
(Al-Baqarah, 155-157)


Ujian paling berat bagi seorang yang kaya ialah jatuh miskin atau kehilangan salah satu daripada hartanya yang paling disayangi. Kala inilah kesabaran akan tercabar. Kalau tadi Islam membenarkan sikap tidak puas sebagai pendorong untuk manusia terus berusaha, sekarang Islam melarang sikap tidak puas hati kerana ditimpa ujian.


Sikap begitu seolah-olah mencabar TUHAN dengan kata-kata,
 �Hai, TUHAN, setelah ENGKAU berikan aku kemewahan tiba-tiba ENGKAU ragut kembali. Untuk apa aku diberikan kemewahan dahulu kalau sekarang aku dimiskinkan semua. Ini merosakkan nama baik aku di tengah masyarakat. Macam mana aku hendak hidup sekarang? Hutang aku semakin banyak, penghinaan orang semakin bertambah-tambah?"


Sikap yang patut ditunjukkan ialah bersyukur kepada ALLAH kerana memberi peluang untuk memperbaiki diri. Setiap ujian tentunya bersebab. Sebab apa ALLAH berbuat begini? Sebab apa ALLAH berbuat begitu? Sebabnya sekian-sekian. Sebab apa ALLAH jadikan manusia? Supaya manusia beribadah kepada-NYA. Sebab apa ALLAH jadikan pokok, supaya manusia mendapat manfaat daripadanya. Dan begitulah seterusnya.


Dalam berdepan dengan ujian baik kekurangan harta mahupun yang melibatkan nyawa, tiada perkataan lain yang boleh diucapkan melainkan sabar dan redha. Hanya dua perkataan ini boleh menyelamatkan seseorang itu daripada dimurkai ALLAH. Dimurkai bererti berdosa dan dosa kalau tidak dibasuhi dengan taubat, jawapannya Neraka.


ALLAH berfirman,
 �Maka ingatlah AKU nescaya AKU akan mengingatimu dan syukurilah atas nikmat-KU dan janaganlah sekali-kali kamu kufuri nikmat-KU.� (Al-Baqarah, 152)


Di antara tanda bersyukur ialah sentiasa bersabar dan teguh iman menerima ujian ALLAH.


Sikap yang bertentangan dengan ini ialah rasa rakus untuk memiliki kesemuanya hingga membabitkan hak orang lain. Orang begini akan semakin kufur apabila dilimpahi nikmat, apalagi tatkala ditimpa petaka. Dia akan mudah menyalah-nyalahkan takdir dan menyalah-nyalah TUHAN.


Dan Islam juga menentang sikap tamak hingga melahirkan perasaan mencintai harta melebihi daripada kecintaan terhadap ALLAH dan Rasul-NYA. Ketika itu suruhan agama dibantah dan dianggap sebagai cara jahat untuk mengambil hartanya.


Ingat janji ALLAH,
 �Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti KAMI akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-KU), maka sesungguhnya azab-KU sangat pedih.�(Ibrahim, 7)


Rasanya cerita Qarun adalah motivasi terbaik manusia untuk tidak terlalu mencintai harta kerana harta yang disalah tadbir akan mendatangkan kecelakaan. Qarun asalnya orang yang beriman kepada ALLAH dan menjadi pengikut setia Nabi Musa a.s. sebelum kaya raya.


Kekayaan yang dimiliki oleh Qarun itu menyebabkan dia sombong serta ingkar daripada mengeluarkan zakat. Kisah Qarun disebut dalam beberapa ayat dalam surah Al-Qashash. Sebahagian ayat 76 surah berkenaan bermaksud,
 �Sesungguhnya Qarun itu termasuk kaum Musa, tetapi dia melakukan aniaya kepada mereka dan KAMI berikan kepadanya kekayaan, yang kuncinya berat dipikul oleh sekumpulan orang yang kuat��


Sebahagian ayat 78 surah yang sama pula bermaksud,
 �Qarun menjawab; kekayaan yang diberikan kepadaku hanyalah kerana pengetahuanku.�


Tengok, bagaimana harta boleh menjadikan manusia berubah sama sekali. Kalau hal ini berlaku ke atas Qarun, bagi saya tidaklah pelik sangat, sebab dia memang kaya. Kunci gedungnya sahaja memerlukan satu kabilah untuk mengangkutnya dan diperbuat daripada emas. Jika dia berasa amat sombong agak berbaloi juga berdasarkan kekayaan yang sedemikian banyak.


Berbanding dengan sesetengah kita, harta barulah sekangkang kera sudah merasakan tidak berpijak di bumi ALLAH. Merasakan diri amat mulia dan orang lain hina dina. Lebih tidak munasabah, harta yang sedikit itu sudah menyebabkan lupa kepada ALLAH.


Bukan sedikit orang yang sengaja melewat-lewatkan sembahyang fardu kerana sibuk mengilap kereta. Hanya kerana sebuah kereta yang belumlah boleh diistilahkan sebagai mewah. Begitu juga ramai sekali orang yang langsung tidak sembahyang kerana dikhayalkan oleh harta yang tak seberapa itu jika dibandingkan dengan apa yang pernah dimiliki oleh Qarun. Hingga kerana itu, kata orang, harta Qarun masih ditemui orang di merata-rata dunia.


Maka, berbaloi jugalah keingkarannya terhadap ALLAH kerana dia memang kaya. Apakah kita sudah cukup kaya untuk meminjam sikap Qarun? Ayuh, sama-sama kita semua renungkan...


^_^..www.murabbi.net..^_^